Category:
Desserts
Style:
Other
Special Consideration:
Quick and Easy
Servings:
baper pon bley
Ingredients:
3 senduk tepung custard @ lebih kurang 1 cawan
1 tin fruit cocktail (Beli yg buah import dari US punya tau, sbb kalau dia tulih tropical fruits tu ada buah jambu la, buah nau la, hat tu yg siam punya - tak best)
1 tin susu cair
3 senduk gula pasir
Kek gulong (Sponge Cake sama ada vanilla @ strawberry etc)
Directions:
Tuang tepung dlm susu cair bersama-sama gula,
kacau sampai tepung larut dan tidak berketoi-ketoi.
Kacau atas api yg perlahan yang amat-amat sbb tepung kastad + gula cepat hangus. Lepas tu tuang ayag buah @ sirap yang lebih-lebih dari tin buah tu.
Kacau selalu, jgn bagi hangit.
Kalau nampak pekat sangat tambah ayag paip.
Dia sepatutnya likat dan berkilat-kilat kalau dah masak.
Bila dia dah start blup blap blup blap, barulah masukkan buah-buahan.
Save some for topping untuk ditabur-taburkan di atas puding tu.
Kek gulong tu you potong bulat-bulat dan nipis-nipis, lebih kurang 1 cm tebalnya. Aturkan dalam dan keliling mangkuk. Renjis-renjiskan dengan air sirap buah-buahan dlm tin tu (Jgn banyak sangat, nanti kek kembang). Bila kastad dah nampak berkilat, tuang kastad dalam mangkuk yg berisi kek tadi. Hiaslah dgn baki buah-buahan. Sejukkan bila dah cukup sejuk bolehlah dimakan...yammm yammmm...burp!
No comments:
Post a Comment