Sebelum kita melangkah ke tahun 2005, kita telah dikejutkan dengan peristiwa yang menjadi mimpi ngeri bagi seluruh penduduk dunia amnya dan khususnya bagi penduduk yang menetap di Asia. Mimpi ngeri yang dimaksudkan adalah TSUNAMI.
TSUNAMI adalah nama yang diberikan kepada bencana alam yang telah meragut banyak nyawa. TSUNAMI adalah gelombang besar dan juga boleh dikatakan sebagai urutan ombak atau siri ombak, yang terhasil di dasar laut oleh ganguan secara tiba-tiba yang menyebabkan kedudukan menegak air berubah. Perubahan kedudukan air ini, berpunca daripada gempa bumi di dasar Lautan Hindi berhampiran utara sumatera yang menyebabkan terhasilnya gelombang besar. TSUNAMI yang berlaku sekarang boleh mencapai ketinggian enam meter akibat gempa bumi 8.9 skala Richter dan merupakan gegaran yang paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ia berpusat di Latitud 3.1 Utara dan Longtitud 95.5 Timur.
Aceh adalah bandar yang paling teruk di serang di ikuti dengan Sri Lanka dan seterusnya di Malaysia. Malaysia juga telibat dengan TSUNAMI kerana jarak pada pusat kejadian hanya 680 kilometer. Negeri yang paling teruk dilanda adalah Pulau Pinang, Kedah, Perak, Perlis dan Selangor. Mengikut laporan, sejak 7.40 malam, 29 Disember 2004, sebanyak 65 penduduk Malaysia telah menjadi mangsa manakala 9 penduduk hilang dan 183 penduduk tercedera.
Jika kita lihat lebih mendalam tentang TSUNAMI ini, malapetaka ini boleh dikatakan sebagai amaran daripada ALLAH terhadap umatnya. Ini kerana, kebanyakkan tempat-tempat yang dilanda TSUNAMI merupakan tempat perlancongan yang mempunyai hotel-hotel dan pusat hiburan. Contohnya di Batu Ferringhi, dan Langkawi. Walau apa jua tanggapan, sebagai umat Islam kita hendaklah mengambil iktibar daripada kejadian ini dan renungilah kembali dosa-dosa dan maksiat yang kita telah lakukan sepanjang tahun 2004 ini. Sempena tahun baru ini, marilah kita sama-sama membina azam baru supaya kita dapat meperbaiki diri kita khususnya dan umat Islam amnya supaya saling bekerjasama bagi memastikan Agama Islam dilihat sebagai asas atau panduan kehidupan kita sepenuhnya. Marilah kita berdoa bersama-sama supaya negara kita Malaysia terhindar daripada segala bentuk malapetaka yang mengorbankan banyak nyawa. Kepada keluarga yang menjadi mangsa marilah kita bersama-sama berdoa supaya rohnya dicucuri rahmat.
Al-FATIHAH….
Sunday, January 02, 2005
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment